Showing posts with label Holiday. Show all posts
Showing posts with label Holiday. Show all posts

Cuti- cuti di rumah

.
0 gum-drops

Assalamualaikum!

yeay2 akhirnya baru dapat update blog. buzy memanjang je aku ni walaupon tengah cuti. selalu ye kalau cuti mesti aku pegi keje kat BR tapi cuti kali ni aku menjadi suri rumah yang terhormat. aku tak keje. adoyh memang poket tak gembira langsung.

sebab2 aku tak keje :
1. ni je pon masa nak lepak2 kat rumah lepas ni dah masuk kuantan tak dapat daa nak baring2 atas sofa sambil tengok tv.
2. bila weekends tak dapat nak hang out dengan family sebab takleh amek cuti sabtu & ahad. =_=
3. keadaan sekarang sangat tak mengizinkan untuk aku jalan sorang2 pegi keje. (tak berani woo) dulu boleh laa.
4. nak belajar memasak di rumah. (aha ok macam kelakar je alasan aku yang satu ni padahal asik buat kek je masak lauk pauk tak jugak sampaikan mak aku cakap "kan best kalau balik je dari keje makanan semua dah siap masak, tinggal nak makan jer", perli aku nampak ye)

so sekarang tempat keje aku di rumah. best pe keje dari rumah masuk keje sesuka hati aku jer, sambil keje pon boleh baring2 tonggeng2 depan tv ngan laptop. ni bukan ye keje mengemas rumah mop lantai sidai baju semua tu taw. itu jangan cakapla dah menjadi rutin harian. keje ni pon dapat gaji cuma ye tak tetap. heheh agak2 dapat bayangkan tak keje pe?

keje ni tak memerah tenaga mana pon. rileks je. cuma kene jaga2 takut hangus. hoho dah dekat la tu jawapan korang.

sebenar ye aku jual homemade choc chip dengan cornflakes. fresh dari oven taw. resepi turun temurun punya. sedap!! minggu lepas je aku dapat tempahan dekat 12 botol. alhamdulillah. so sekarang ni tengah sibuk nak hantar kat cafe pulak.. try2 jerr. hee kalau korang nak order boleh la hantar email ke zazienna@yahoo.com

Insya Allah lepas ni nak jual kuih batang buruk lak.

yang ini serius lain dari yang lain. jom la try same2.

ok bye.
happy friday!


Love♥


readmore »»

bila saudara mara berkumpul

.
0 gum-drops

Assalamualaikum semua!

cuti sekolah kali ini, hari hari aku sentiasa dipenuhi dengan aktiviti kekeluargaan. so malam yang ada BBQ tu, kteorang sambung plak dengan aktiviti bermain piano.

terimalah I'm Yours




ok bye!

Love♥


readmore »»

BBQ with family

.
0 gum-drops

Assalamualaikum!

Tengok saja tajuk mesti semua dah tahu apa aku nak cakapkan. Ya pada malam ahad yang lepas, uncle aku buat makan makan kat kajang. sejak aku cuti ni keje aku makan je, mana tak pipi dah tembom tembom. tak caya? nah tengok la gamba kat bawah ni.

muka disinari cahaya keimanan tu..hee

sampai sampai je rumah uncle, dorang tengah memanggang ayam di halaman rumah. memang asyik sampai je boleh terus makan.aha.

tu dia. tu dia.

mak menunjuk kehandalan memanggang ayam.


itulah dia chef sebenar pada petang tu.

sedap sangat ni ;D


Petang tu makan memang mewah la. rasa cam tengah berpicnic di tepi air terjun je walaupun pada hakikat ye berada di tengah bandar -_-

air sarsi

garlic bread.uhh my favourite.

salad memang tidak dilupakan ye untuk menjaga kesihatan badan.

dua jenis salad dihidangkan tapi satu pon aku tak ambil ;p

ikan + udang

ayam bakar

daging kambing



family aku bawak spaghetti dengan fries.
pastu auntie keluarkan cheesy wedges dengan puding caramel.
sedap sedap. terima kasih semua ye.



p/s : Teringin pulak nak buat potluck party dengan kawan kawan. setiap orang bawak makanan pastu hidang atas meja then makan ramai ramai. ok dah boleh bayang suasana riuh rendah ye.




Love♥


readmore »»

Satu hari main ice-skating

.
2 gum-drops

Assalamualaikum!

memandangkan aku menetap di malaysia takdalah bukak je pintu rumah, depan rumah diselimuti dengan salji kan, dimana omputeh boleh sesuka hati dorang je nak main ice skating.. tapi aku beruntung kat sini ada satu mall yang menyediakan tempat bermain ice skating mana lagi kalau bukan di Sunway Pyramid.

sejak dua menjak ni hobi aku dah beralih arah. kalau dulu hangout dengan kawan kawan ke dengan family mesti pergi main bowling tapi sekarang jauh sekali aku nak jejak kaki kat bowling alley.. aku mesti terus pergi ke ice skating. aku dah addicted giler dengan permainan ni.

semalam (1st june) aku ditemani oleh kazen-kazen aku gi main ice skating. memandangkan cuti ni kazen kazen aku ada di KL jadi setiap kali nak keluar ktorang akan pakat kuar ramai ramai. seronok sangat!

cepat cari mana aku -_-

tengah rehat sementara tunggu ice rink dikeringkan



buat pertama kalinya aku main ice skating sehari suntuk dari pukul 10 pagi sampai 7.30 malam. ktorang keluar pon untuk gi sembahyang dengan tapau makanan pastu sambung main balik sampai naik menggelecet kaki aku ni. saki pinggang sume takyah cakapla memang baru terasa lepas bangun tidur ni. adoyh..


antara mereka yang menemani aku main ice skating semalam.


semua pon dah gerak nak balik.



my first priority in life is my family.
Love my family ;D



Love♥


readmore »»

Dah macam kat overseas je

.
3 gum-drops

Assalamualaikum semua!

masih tak terlambat lagi aku nak wish Happy New Year kat korang. Semakin besar la nombor umur aku tahun ni..huahua

Aku ni bukan laa orang yang asal holiday je terus fly overseas. Kadang kadang tengok status kawan kawan wah dah off ke mana mana negara ntah.. tapi aku relaks je, cuti cuti berholiday di rumah. yerla nanti dah balik asrama tempat yang paling best nak pergi mana lagi rumah la kan?? (ayat memuaskan diri sendiri ;p)..padahal teringin je nak jalan jalan tengok negara orang.

Tapi ayah aku ni sangat memahami jiwa anak anak dia terutama ye aku.ahah. dengan secara spontan ayah aku ajak gi jalan jalan. ni bukan setakat jalan jalan kat pyramid taw. ni jalan bukan main tinggi lagi, kene daki bukit gitu..huhu

perjalanan yang sangat singkat dah sampai. sampai je kteorang ditemani kabus yang sangat tebal. sejuk jangan cakap laa. dah pakai baju tebal pon boleh rasa lagi angin sejuk masuk ke kulit kulit gebu aku..hek ;D mana lagi kalau tak di Genting.



Kteorang tak bawak kereta naik ke atas, bawak separuh bukit je pastu naik cable car. best! sekejap je takdalah aku muntah muntah cam dulu sebab jalan pusing pusing. naik cable car straight je pastu dapat tengok hutan. sejuk je mata memandang.ceit

dalam cable car

sampai je kat genting terus ke snow world. memang layan la boleh main salji betol betol kat situ. suhu time tu -7. memang sejuk gileerrr.. tapi sedeyh camera takleh bawak. kat dalam tu kteorang main slide guna pelampung ala ala luncur ais gitu..

kat luar snow world

Dah duduk dalam snow world selama sejam. pastu kteorang jalan jalan kat shopping complex. dalam shopping complex ada indoor games taw macam kat times square tu. tapi yang ni lagi besar la..

ada paris tu.

Wishing well.

oscar

suka bangunan belakang. colourful betol!

muka taknak balik tapi bajet peace

sempat je sebelum balik tengok ramai orang pakai benda telinga ni. so kene beli satu.hehe

Love♥

readmore »»

Bandar Perempuan

.
0 gum-drops

hoi hoi hoi ;D

How's life dearies?
It's been a while since my last post.. Hehe..
sibuk dengan mid sem katakan..
padahal everyday online.. haish

Orait today, me and my family pergi Femme City kat KLCC..
awal awal pagi kteorang dah bertolak dari rumah
but before that pergi isi perut dulu ya..
breakfast lontong kat kelana jaya..

then yeah Femme City!!! saya datang!!

on the way to KLCC

dah sampai dah sampai!
*tengok goodie bag yang i pegang tu..semangat tak semangat datang awal sebab nakkan bag tu ;) tengok tengok dalam bag brochure je banyak..hampehh

my mom n dad kt depan booth batik

ok ni secara spontan je..tengah jalan-jalan..tengok-tengok orang amik gambar..pastu ada uncle ni tanya tak nak amik gambar? boleh join contest.. ahah pastu i pon ape lagi ajak adik join skali BFF contest by Canon.. and gambar tu dah terlekat kat Galfitti Wall yeee. ngee suka suka ;)

dan dan dan sebelum balik lunch kat food court KLCC..
Waffle with single scoop ice-cream and honey..yum yumm

kayyy byee byee!
nanti saya post lagi ye..


Love♥

readmore »»

Kami jalan-jalan.Kami cuci mata

.
0 gum-drops

Assalamualaikum!

Huwaa~~ dah lama ye tak ngomong2 di blog nih..rindu rasa!! ;) korang rindu tak? eyh perasan plak..tak pe tak pe aku ni memang suka syok sendiri..orait rutin harian bangun. mandi. makan. pergi class. buat assignment. tido. balik rumah and shopping!
hari ni baru rasa nak mengupdate blog ni..
jom kita layan~~

Jumaat lepas aku dapat join kawan-kawan breakfast kat fawwaz area ss14..tujuan breakfast ni untuk meraikan kawan-kawan yang dapat menyambung degree selepas dorang habis matriks..
huwaa jeles ye!!!! aku still in foundation.. takpe lambat laung masuk jugak degree insya ALLAH.. doa doakan la k..

sementara menunggu yang lain datang..kita minum dulu!!

yay semua dah ada!!tapi ada satu kumbang sesat antara bunga-bunga yang cumil dan wangi ni.. ngaaa

pastu mana lagi??..pyramid!!
sempat gak tengok pembukaan skate Malaysia..best best
jam 2, BALIK!
(nasib baik balik awal kalau tak mandi hujan aku..huhu)

Semalam pergi celebrate birthday akak di Empire..sebabkan kitorang suka pergi try tempat-tempat makan yang best..1st option nak pergi makan kat BELANGA tapi full gilezzz..last last makan kat TARBUSH (even berapa kali makan pon aku tak jemu sebab aku suka makanan arab!!) yum yum~

recommended - Shish Kebab

ha ni la kakak aku yang sudah meningkat umur tu..hehe sudah tua ye kak..ngaa~

tengok tu sampai licin kitorang makan yang tinggal bawang dengan tulang je..huhu

muka muka bila perut sudah penuh~~ ngee

akhir sekali, one snap with full dress..hee..first time pakai dress panjang..selama ni tak reti nak pakai..dress tu dah la panjang boleh cecah lantai nanti free free je aku sapu lantai..ok tips bagi orang yang tinggi ala ala aku ni, korang make sure pakai heels taw and tali kat bahu tu make sure ketat so takda laa gelebeh ke bawah..baru la nampak tinggi ngeh ngeh and kalau nak nampak slim. korang boleh pakai jaket or cardigan..or pakai belt ke ikut kesesuaian dan keselesaan korang korang and korang... ;)

hari ni plak seperti biasa breakfast di shah alam..cuaca best je mendung macam taw taw je aku nak merayap di setiap gerai..ngahaha
pastu tempat wajib seterus ye mestila SUNWAY PYRAMID! dah tak da tempat lain dah.. haih
lagi lagi time sekarang ni.. sebab ye SALE muahaha..
yang penting hari ni dapat handbag COACH!!! suka ye~~ macam taw taw je aku ni peminat coach. sapa suruh korang jual murah kan dah terbeli..ngee ;p

okay la tv dah panggil. nak tengok england vs german.
bye!

Love♥

readmore »»