Showing posts with label I Like. Show all posts
Showing posts with label I Like. Show all posts

Celebrate Birthday di Big Plate

.
2 gum-drops

Assalamualaikum kawan kawan!

Ha! baru sempat nak update blog. minggu ni tersangat laa busy dengan kerja kerja di UIA. sekarang ni pon tengah siapkan kerja term paper aku tapi sempat je nak bukak blog dan alang alang internet pon tengah laju so apa lagi update la cepat cepat.

owh2 kalian semua! saya dah meningkat lagi satu number laa.. makin membesar dah. sekejap je rasa ingat lagi zaman zaman sekolah pastu sekarang dah masuk universiti pastu tak lama lagi... eyh2 blom lagi.huhu. so sabtu lepas aku gi celebrate ngan family kat Big Plate di Kampung Subang. Korang semua kene try makanan kat sini. memang mantop la. dorang sediakan makanan western. saiz hidangan dia jangan cakapla dah nama pon Big Plate hidangan dia pon agak besar laaa.tapi memang berbaloi la dengan harga dia kan.


Nah aku dah snapkan sikit makanan2 yang ktorang makan.


Mushroom soup
yang ni special kedai lain tak dapat ye camni sup dalam roti


Kambing Banting
jangan tanya aku mana datangnya nama banting tu ok yang penting makanan ni memang sedap.peminat daging kambing silalah order ye


Chicken Grilled with salad
ada lagi satu Chicken Grilled. beza antara dua ni ialah kandungan salad dia. sapa suka makan sayur ambillah yang ni.


Chicken Burger
yang ini feveret aku! setiap kali datang mesti order. sedap!! masyyuuukk!

Fresh Orange pon saiz dia tak nak kalah ye. besar jugak.

Tu ja yang sempat tangkap.hehhe


btw nak ambil kesempatan di sini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang mengwish aku pada birthday aku minggu lepas di facebook, sms, dan telefon dan dan yang bagi hadiah kat aku! wah!! terharunya. sayang korang semua ;D muax2


and to my abah ngan mak tqvm for the chocolate cake. besar btol dan sangat sangat sedap sampai makan tak henti henti ;)



Love♥

readmore »»

Nak yang ini boleh tak??

.
0 gum-drops

Assalamualaikum semua!
Agak lama tak update blog kan? ;D

Aku suka sangat tengok Super Sweet 16 kat MTV channel. Terharu betol tengok dorang sambut birthday yang gempak sakan sampai mengalahkan majlis perkahwinan angkasawan kita. lagi lagi terharu bila tengok seorang yang berumur 16 tahun sudah mempunyai kereta. kereta sume tak nak kalah, Range Rover la. BMW la..wah wah aku yang hampir *tut* tahun ni pon masih belum bernasib baek lagi memiliki sebuah kereta.

Anyway, aku ada minat satu kereta ni. kereta ni sangat comel! tengok je la bentuk die yang kiut miut ni. pastu yang paling penting design die very feminine. kasi touch up sikit.. voila!

Ni la kereta yang aku dok termimpi mimpi tu. mimpi sampai terpusing pusing tangan konon ye pegang stereng.hekhek. tapi seyes la weyh comel sangat!! nama kereta ni EMAS. keluaran Proton ye.

yang best ye kali ni Proton bekerjasama dengan LOTUS. tu yang design die ala ala lotus ye kereta. Amacam cair tak tengok? ^_^

Kereta Hydbrid Elektrik Malaysia Pertama - Proton Emas.



Dalam die cool gilerr.. luar kereta warna biru dalam pon ada kaler biru.. cool tak cool tak?



Ggggrrr geram ye

Nak nak yang ini... ;)

Love♥

readmore »»

At Old Blossom

.
0 gum-drops

Assalamualaikum!


Yeah yeah. Hari ni aku nak bawak korang semua pergi Old Blossom! ada preloved sale weyh.rugi tak pegi woah. comel comel baju die. pastu harga semua murah murah from RM5-RM30. memang mantop la shopping camni! keluar duet sikit tapi dapat bawak balik baju yang banyak. (aha saja nak buat korang rasa geram dengan budak yang sedang mencucuk cucuk keyboard ni.) tapi seriusly aku lebih suka shopping dalam keadaan camni. berbaloi baloi!

Yang ni kali kedua dorang wat sale camni.superb! first time dorang buat aku tak dapat pegi gara gara demam yang melampo sampai takleh bangun.asal bangun je pening.last last terbaring atas katil satu hari.time tu rasa cam ala dah la nak raya, saya mau beli baju raya. luahan hati jap.

sebenar ye hari ni aku ada date dengan my best friend, Fathin tapi sedeyh tak dapat nak pegi.takda orang nak hantar.kalau dapat pegi pon dah petang ntah ntah dah balik dah kawan aku tu. sedeyh!bila la boleh jumpa lagi?

pastu tiba tiba teringat plak old blossom ada wat sale so mak balik je umah terus ajak gi sana.masuk masuk je kedai mak aih ramai ye gadis gadis cantik sedang membelek belek baju salah satu ye aku.oopps termasuk kategori plak ;p (gelojoh btoi, baru je melangkah masuk dah pergi membelek baju.pantas tak pantas aku time tu) biasa la bab bab camni memang aku cepat khatam.aduyai

belek punya belek jumpa la apa yang aku nak. yang best ye semua baju yang aku pilih harga RM15 terbaek tak? suka ye rasa cam tak nak kuar je tadi. habis sesi membeli belah, sesi bergambo la pulok.


memperkenalkan sis jezmine, owner old blossom.


wif shea ngan yanny.
kenal tak dorang? kalau nak kenal jadi laa follower saya. aha joke, follow la blog dorang. dorang ni memang handal bab bab mencampur adukkan outfit. aku sendiri pon belajar dari dorang.




Tambah lagi la dress dalam almari aku ni. ;D

yeah man!

Love♥

readmore »»

Hobi Semasa Cuti Sem

.
2 gum-drops

Hai Assalamualaikum!!

Hows raya everyone?? mesti enjoy gilerrr kan?? ye la dapat berkumpul ngan atok nenek sepupu sepapat makcik pakcik..woahhh best bangat deyh..pastu duet raya bertimbun timbun dalam handbag tu..ahha walaupun umur ni tak berapa nak budak budak, apa aku kisah.. time ni je pon nak dapat belas kasihan semua orang kan kan..huhu ;p

Tahun ni aku rasa raya paling best sebab kitorang raya kat JOHOR!!! kalau tahun tahun lepas raya kat KL je..tak rasa langsung suasana raya..baju raya pon cam tak nak pakai je..sedih tak..waktu beli bukan main semangat tapi time raya cam takde mood...
TAPI
bukan untuk tahun ni..selesai je solat aidilfitri..terus bersiap siap tukar baju, makeup tebal tebal, kemas kemas barang pastu off to johor (semangat tak semangat time tu)..and yang paling aku tak sabar sebenar ye nak pakai baju raya aku..ahaha time beli lagi asik menerai je ;D.. sebab ni first time raya aku pakai jubah..pastu kat lengan baju tu awwww suka sangat dah macam rama-rama..suka sangat!!!

haaa ni la baju raya aku untuk tahun 2010..heee ;)
*banyak lagi gambar raya so kalau nak tengok pergi laa kat facebook ak kay..

Pastu raya kedua kitorang gi beraya kat SINGAPORE! Jumpa sedara sedara kat sana..raya kat sana best sangat, setiap rumah yang ktorang pergi sume penuh.. pastu kan kalau kita kat sini selalu raya pertama je pakai baju satu colour ngan family tapi dorang tak raya kedua ketiga still lagi pakai 1 colour 1 family.. comel gler tengok.. yang paling aku teruja sangat ada yang pergi beraya naik lori.. aku pon mula mula nak join tapi family aku sudah dioffer tuk naik kereta.. so naik je laaa...

ok laaa sampai sini sahaja cerita pasal raya ek.. kita berbalik pada topik kita k.. minggu lepas aku dah macam orang giilllerrr study sebab final sudah daatttttannngggg.. time cuti tak nak study hambeekkk ko bertimbun timbun nak kene cover... aku naik gilerr study dari pagi-petang, petang-malam sampai rumit aku cakap tak penat ke study?? Ya Allah time tu hanya Allah saja yang tahu tapi alhamdulillah kalau aku tak korbankan diri aku, aku tak mampu nak jawab soklan soklan maut tu.. huhu

sempena cuti sem aku dah bermula minggu ni..aku tak nak abaikan begitu aja..aku nak penuhkan dengan aktiviti yang boleh membuat aku happy...wooohhoooo
so setiap cuti mesti aku akan buat perkara ni..aku akan jahit manik kat baju baju aku.. mula mula buat tu memanglah penat tapi bila dah siap mata pon dah tak nak pandang tempat lain, asik tengok kat manik manik tu je..pastu juling ahahha

yang ni baju pertama yang aku jahit manik.. agak simple sebab time ni memang takde idea langsung pasal jahitan manik..

di bahagian tangan baju kurung..

ok simple saja tapi dengan terhasil ye baju ni buat aku berkobar kobar nak buat lagi satu..

ok yang ni yang paling aku suka..

aku suka gler design yang ni bentuk die ala ala crown..
bila pakai baju ni rasa cam princess lak.. =D

ni yang terbaru cuti sem lepas baru siap..

design yang ni macam garden, banyak daun daun pastu ada bunga bunga yang sangat berat..aha

akhir kata: nak gi shopping manik lepas ni..bye bye ;p

Love♥


readmore »»

Uniknya Ramadhan

.
1 gum-drops

Hi Salam Ramadhan!

Alhamdulillah.....
Syukur pada Ilahi
Menemukan aku pada Ramadhan
Antara hari-hari dan bulan-bulan suci
Wahai Ramadhan
Indahnya hari-harimu

segala puji-pujian buatNya yang berkuasa, yang segalanya di atas tanganNya.. dan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadratNya dengan rezekiNya aku mampu tersenyum lebar hari ini.. ;D

syukur tak terhingga ke hadrat Ilahi! Korang ingat lagi tak entry aku yang dulu, aku pernah cerita yang aku tak sengaja join satu competition ni dengan adik aku..haaa...
Dengan kuasa Allah, dengan tidak ku sangka sangka, hari yang ku tunggu tunggu telah datang!!

Setiap hari, setiap jam, setiap minit, setiap saat aku menunggu..mana mana aku pergi aku pasti tak tinggalkan mulut dan telinga ku ni..bukan yang melekat pada muka aku ini tau..ahah handphone laaa yang aku maksudkan ataupun dalam bahasa melayu ye telefon bimbit..hehe

Tepatnya jam 4.30 petang hari jumaat bersamaan 20 ogos 2010..telefon aku ni menyanyi lagu Miley Cyrus..dengan pantasnya aku mengangkat dan dan dan...
_
_
_

I'm calling from STAR!!!huwaaaaa
dorang nak inform aku yang aku adalah salah seorang pemenang BFF contest..
(Allah saja yang tahu betapa gembira ye aku time tu) tapiiiii......
aku tak tahu aku dapat number berapa..mungkinkah 1, 2, 3 or saguhati???
rungsing rungsing tapi tak kisah laa yang penting aku dah menang.. ;D

So on 25th august, terpaksalah aku skip class sbb nak pergi menara star untuk amek hadiah..
Dalam 2.30 my parents pon sampai di asrama tempat beradu ku itu... tunggu punya tunggu pukul 3 start pemberian hadiah untuk pemenang saguhati..okkkk time tu kembang kempis dadaku menanti nama untuk dipanggil...dengan debar debar ye menunggu tak juga dorang nak panggil nama aku...lagi la nervous aku..

then sekarang hadiah untuk tempat ketiga...
Ms Zaidatul Nadhirah...
ALHAMDULILLAH!!!
~menggigil aku pergi ke depan sbb ada camera besar dengan flash yang sangat kuat nak tangkap gambar aku~hihi tapi gigil2 pon senyum bukan maen lebar lagiiiii...;p

bersama hadiah ku camera canon IXUS 95 IS warna biru!!!

memperkenalkan ni laa best friend aku.. tempat aku bergurau senda, melepaskan geram, melepaskan kentot. eyh2 melampoooo ahahha.. adik aku Aizzat..

Terima kasih CANON...

dan tak lupa juga kepada STAR..gracias ;)

bersama para pemenang yang lain..tahniah untuk semua yang berjaya dengan jayanya.. hihi

okayyyy bye bye!


Love♥

readmore »»