Showing posts with label CFS IIUM. Show all posts
Showing posts with label CFS IIUM. Show all posts

Lepas ni nak berdiet la

.
1 gum-drops

Assalamualaikum!

Korang ingat tak aku pernah cerita pasal interview pilih course ke main campus. haa kalau tak ingat boleh baca kat sini. keputusan tawaran tu pon dah kuar..cuak tak cuak aku nak tekan offer letter tu. ye la takut hampa bila tengok course yang dia bagi. tapi alhamdulillah dengan izin Allah aku dapat course yang aku nak which is DIETITIAN. amin amin memang happy sangat sebab sejak aku masuk UIA memang aku target course ni takda course lain da dalam otak kepala aku ni.

dulu aku tak pernah tahu pon ape benda tu ALLIED HEALTH SCIENCES. lepas aku dapat offer letter dapat allied, cepat cepat pegi search apa aku boleh buat kalau masuk bidang ni.. tup tup keluar la dietitian, opto bagai ni.. adoyh course dietitian lagi la aku tak pernah dengar pon.tapi aku agak agak je ni mesti ade kene mengena ngan makanan sebab ade nama diet.ahha

tak pernah terlintas dalam kepala aku dulu nak belajar dalam bidang dietitian ni tapi ini la nama ye ketentuan Allah. apa yang datang dariNya semua ye yang baik so aku just go with the flow. insya Allah dalam bulan sembilan ni aku akan terbang jauh..huhu. jauh mana?tuuuunnnggguuuu...

ok bye.


Love♥

readmore »»

Twinkling Night

.
0 gum-drops

Assalamualaikum semua!

ahad lepas sempena berakhir bulan januari iaitu 31st january, asrama yang aku duk sekarang ni, Mahallah Zainab Jahsyi telah mengadakan majlis makan malam dan bertemakan warna gold. so bagi orang seperti aku yang tak lama lagi akan meninggalkan UIA ni pasti pergi untuk mengumpul kenangan di sini. tetiba sedih pulak untuk meninggalkan tempat ni.huaaa. ok taknak sedih sedih sebab entry kali ni sangat bermakna dan membuat aku tersenyum satu malam.huhu

taknak tulis banyak banyak boleh tak? sebab gambar gambar kat bawah ni akan tolong aku ceritakan segalanya.


kata tema gold. so ini la jadi ye


With the sisters. salah seorang dalam group ni adalah roomate aku. tu dia yang pakai shawl gold gak. cantik cantik kan mereka semua. hee


performance The sisters meletop la malam tu.
naik semua bulu roma aku dengar dorang nyanyi.


teater muzikal Siti Rela paling kelakar. Best!


tarian korea gitu


dengan kawan sekepala aku dalam kelas, Anis


with Aina si lembut tapi kelakar

aina, suhaylah, zai, and tiah

tiba la masa penyampaian Princess of the Night
_

_

_

_

_

_

_


Alhamdulillah sekali lagi dinobatkan sebagai Princess of the Night pada malam itu. Syukur sangat ;D

pakaian aku pada malam tu : Kebaya labuh indonesia.

Love♥

readmore »»

Mari Belajar

.
2 gum-drops

Assalamualaikum.

Sebelum anda membaca entry ni. ada peringatan yang perlu diambil kira.(bunyi cam serius je.memang serius pon). kepada yang tengah melahap depan blog aku ni baek korang abiskan dulu, kepada yang lemah semangat or geli dengan binatang binatang kecik jauhkan diri korang dari entry ni, kepada ibu ibu yang sedang mengandung sila laa jangan tengok takut takut makin loya kang, yang sakit jantung pon jangan nanti mati terkejut pulok, and lastly zikir banyak banyak ^____^

Hari ni jom ikut aku masuk lab bersama sama. tahu tak lab mana?? hee lab bio kat Centre For Foundation Studies CFS IIUM.saje je nak tulis panjang panjang nama uni kasi gepaq sikit.huu. sebenar ye tadi pagi tersentap jap bila dapat taw operasi ni kene wat individual no grouping k. memang dah tak leh focus time tu gara gara binatang kechik tu la.


Ha! tu laa aku.tengah concentrate memotong. (padahal satu badan tengah menggigil...)


yeay. berjaya naseb baek aku dapat yang betina so dia kecik sikit tapi tu pon eeeeiiiiii tolong laaa...


ni membe sebelah ye besar gileeeerrr..kata pon jantan. nampak tu testis dia (jangan pikir bukan bukan ye ni edisi belajar), yang hitam tu plak liver die.


sebenar ye nak tunjuk ovari die. nampak tu kecik je.


tengah excited dapat potong dengan sempurna ye tanpa mengeluarkan darah.hee tapi harus tutup hidung ye bau ye tak terhidu langsung. *&%^-*&!


ni laa keadaan lab aku. semua tengah concentrate blaja organ dalaman tikueh. bagus betoi!


Ok camera zoom plis. Ha dah puas tak tengok tikueh tikueh tadi? ok sekarang nak pergi lebih dalam lagi nak tengok rat circulatory system. jom cekidaut~


kasi potong dulu bahagian atas baru leh nampak dalam die..makin lama bersama cik ti ni, saya semakin berani.wooohhhuuuu ;D


kami la empat segeng yang kalau boleh nak lari pusing satu lab tak nak potong ni small mammal. ngaaa..tipo laa, dorang ni sangat berani tanpa dorang sapa la aku.ceh tetiba.


ok dah selesai blaja. boleh hembus nafas dengan lega ye.howyeah howyeah!



Skang jam dah menunjukkan pukul 1100 time to go home.aha home la sgt balik bilik sudeyyhhh tapi sebelum tu lunch dulu. petang ni takda class. jawab ye dibuai mimpi yang indah la ye.hiks :D

Love♥


readmore »»