Jom jalan jalan

.

Hello! Assalamualaikum

Ha. pada hari selasa 19 okt ritu, aku telah mendapat jemputan khas dari kawan ketat aku nama dia Suhaylah hehe pergi jalan jalan cuci mata jap sebelum sem baru bermula. Dia ni kawan aku time sekolah rendah pastu dah masuk alam remaja (sekolah menengah laa..hek) semua dah berpecah bawa haluan masing masing so kalau nak jumpa pon kene tunggu cuti sekolah.. tapi tidak ku sangka persahabatan ktorang bukan hanya di sekolah rendah, bersambung plak ke alam universiti (ceyh ayat nak skema je ;p) dah la bilik dekat memang setiap hari la aku ada tetamu hee.

Malam sebelum tu Suhaylah kol. nak jalan sama! yay~ sebab kete takda terpaksa jalan dekat dekat je. ktorang gerak pyramid dalam kul 11. mak aih dah lama tak berjalan naik sempot den. selalu duk kat umah jalan banyak mana la sangat. jalan pegi dapur amik makanan ada laa. kira jalan la gak kan??

Sampai pyramid plan nak tengok wayang tapi sedeyh cite sume tak menarik perhatian. so pusing pusing la pyramid smbil mulut masing masing pot pet pot pet. yela 3 minggu tak jumpa banyak la cerita dia. jalan jalan ternampak plak kedai aiskrim ni (lupa nama yg aku engat banyak tulisan jepon), pelik sikit kte pilih buah pastu dia akan buatkan aiskrim kte daripada buah buahan yang kte pilih.nyummy!

aku ye mix dua buah raspberry & strawberry

suhaylah plak blueberry

Lepas tu makan kat wendy's. burger baru makan separuh rasa tercungap cungap dah..perut dah full giler..tu la gi makan aiskrim dulu sapa suruh. dah takleh nak habiskan lunch.sampai kene pack bawak balik fries ngan air.. aku kalau bawak balik air tu dah jadi kes biasa selalu je tak habis, kalau nak habis tunggu laa lagi setengah jam ke baru habis. sampai mak aku cakap lepas ni tak yah order air minum sikit sikit daripada orang ye tapi dah sampai kedai mesti order gak..haish

best ye dapat borak borak ngan Suhaylah ;D



Hari ni plak aku kuar ngan Farahiyah & Kak Na..dorang ni aku kenal masa aku kat sekolah menengah. lama kot tak jumpa dorang. lagi lagi Farah sekarang study kat terengganu so agak susah nak jumpa, kebetulan plak dia tengah study week so dia balik umah dapat la jumpa jap.

Sekarang baru boleh tengok wayang ada cite baru tapi still bukan taste aku. tapi layan je la. kalau tak, tak dapat la den nak jumpa membe lama ni hee. wayang ktorang kol 3.30 so sempat la gi makan kat chicken rice.

sementara tunggu makanan sampai. comel kan dorang? Kak Na ngan Farah adik badik, aku ni adik angkat dorang (aha ok ini tipo, tapi dorang memang adik badik). aku hanya laa teman mereka hee ;)

On the way gi cinema. hee inner yang aku pakai tu inner syria yang ada awning. best! senang nak bentuk and yang paling penting tak melekat kat dahi. so sapa sapa yang berminat boleh la hantar comment kat aku. nanti aku beritahu selanjut ya ;D

Ok iklan jap. habis wayang dalam kul 5 pastu jalan jalan jap. penat tengok wayang yang ending tak menarik langsung.eeeiii tolong laa laen kali ending tu kasi gempaq sikit. pastu aku pon tak lama around 6 balik rumah.


Sangat sangat seronok dapat hangout. terima kasih pada kawan kawan comel sekalian kerana sudi menghiburkan hati ini. lepas ni nak kuar ajak lagi ye! bye~

Love♥

3 comments

najihah said...

Wah,bahagia Zai jalan2 cari makan gituu..

Zai pun congratz mesti dpt result cmerlang,gemilang,terbilang lang lang punya,,

HAHA..

Do keep in touch ya! :)

Aimi/Maggie said...

inner syria yang ada awning tu mcm mane zai? :)

zAIdAtuL said...

jihah : aha.. result yang tak terbilang ada la..huhu


aimi : taw kan inner syria? cuma yg ni kat atas dia ada awning sikit..so dia tak melekat dah dahi..

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment